ads

Saturday, June 2, 2012

TUJUH KALIMAT



Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampun dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut. "

1. Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap 'Alhamdulillah' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap 'Astagfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap 'La haula wala kuwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah' sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mangkuk,Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya – Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.a., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.

Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu.
Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut – mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Osman r.a. berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Ali r.a. berkata:
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.a. berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”

Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

p/s...kongsilah dengan rakan2 dengan like dan share...sesungguhnya entry ni sangat berguna...kite same2 amalkan ye...

Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/04/cantik-yang-sebenar-dalam-islam.html#ixzz1wi3c4q1t
Under Creative Commons License: Attribution


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, April 9, 2012

How to: Tiny Delicate Tissue Flowers

How to: Tiny Delicate Tissue Flowers -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, April 7, 2012

DIY Paper Flowers - Urban Comfort

DIY Paper Flowers - Urban Comfort -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, March 18, 2012

Surah tentang Kelapangan dada/Ketenangan (Al-Insyirah / Alam Nasyhrah)


Lepas Isya' tadi sebelum balik ke Kulim(rumah mama Lun dari rumah Tok Wan Lun di Sungai Petani) Tok Wan sempat berpesan tentang bagaimana nak membolak balikkan hati yang berniat jahat terhadap diri kita. Aku sangat berterima kasih pada tok wan terasa macam Atuk aku masih hidup bila dapat sembang dengan tok wan...Earlier,aku ada pergi ke rumah sorang 'tok guru' hehehhe aku tak tau la ape korang panggil someone yang mengamalkan perubatan dengan cara Islam (As-Syifa')Tok Chu orang panggil dia.Dok kat--- errrr Kedah..hehhe ak pun tak berapa nak pasti,Pendang kot..Aku mengadu tentang hati ku yang tidak tenang dan aku takut hati ku berbolak balik.Maksud nya aku takut aku kembali kepada diri yang dahulu kalau aku tak bersungguh bertaubat. Sesungguhnya Allah itu yang membolak-balikkan hati hambaNya dengan kekuasaanya,kerana itu Iman manusia boleh turun naik.

Tok Chu cakap.
"Kalau hati tak tenang hang baca la surah Alam Nasyrah (Melapangkan).Nabi Muhammad ada berpesan supaya membaca Surah Alam Nasyrah sebanyak 3 kali lalu dihembus ke dalam air dan minum"

So,tadi lepas solat Isya' aku pun baca Surah An Nas sampai Alam Nasyrah.Banyak kali jugak ler aku ulang-ulang Surah Alam Nasyrah, dengan harapan aku akan hafal surah tu dalam masa yang singkat.Tapi mungkin aku ni da terlalu banyak dosa Allah tak izinkan aku hafaz begitu mudah,aku kene hafaz banyak kali lagi untuk mengingatkan aku aku ni pernah tersasar jauh dari jalan Nya.Sedih lak rasa hati bila surah lazim macam tu pun aku boleh tak hafaz.Means aku tau surah tu cuma tak lancar dan bila baca tertinggal-tinggal ayat dalam nya.Just now aku pun search la tentang surah tu.Sebenarnya Alam Nasyrah ni surah lazim (surah kebiasaan yang sepatutnya hafal) ja.Aku ada try baca earlier,masa dalam kete tapi ada ayat yang tertinggal :P so tak hafal la tu kan.


Surah: Alam Nasyrah (Melapangkan)

Kategori Surah: Makkiyah, Jumlah Ayat: 8 Ayat

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

3. yang memberatkan punggungmu [1585]

[1585] Yang dimaksud dengan "beban" di sini ialah kesusahan-kesusahan yang diderita Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah.
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ

4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu [1586],

[1586] Meninggikan nama Nabi Muhammad s.a.w di sini maksudnya ialah meninggikan derajat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah dalam kalimat syahadat, menjadikan taat kepada Nabi termasuk taat kepada Allah dan lain-lain.
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain [1587],

[1587] Maksudnya: sebagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berda'wah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: Apabila telah selesai mengerjakan shalat berdo'alah.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

Copy from :



Fadhillat dari Surah Al-Insyirah ini pula ialah seperti berikut :-

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

- Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

- Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


InsyaALLAH dengan berkat hidayah Allah...Aku akan amalkan Surah ni supaya aku hafaz dan bila hati ku ini tidak tenang maka akan aku baca surah ini tanpa sebarang masalah...

Doakan aku yea kengkawan~~~




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, February 26, 2012

myMetro | 4 sekawan dituduh bunuh rakan serumah

myMetro | 4 sekawan dituduh bunuh rakan serumah

Link NST : http://www.nst.com.my/local/general/4-murder-accused-weep-1.47310/facebook-comments-7.51042/facebook-comments-7.51042

KUALA LUMPUR: Empat sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita yang juga teman serumah mereka, awal bulan lalu.

Semua tertuduh, Sherill Clarissa Razif, 23, Ellina Mahili, 24, Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 23, serta seorang rakan lelaki, Huzaifah Kamal, 23 hanya mengangguk faham akan pertuduhan dibacakan terhadap mereka.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan niat membunuh Nor Shahirah Hassan, 26, di sebuah kondominium yang terletak di Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu 3 Februari lalu, antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.


Bagi tuduhan itu, keempat-empat rakan mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, hanya Sherill Clarissa yang diwakili peguam bela, Leng Wie Mun dan dia kelihatan tenang sepanjang prosiding dijalankan, manakala Ellina serta Raja Nur Bahiah menangis ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka.


Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor S Chandra di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Erry Shahriman menetapkan kes disebut semula pada 19 April depan.


Harian Metro 4 Februari lalu melaporkan kematian seorang wanita 20-an yang disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak.

-------------------------------------------------------------------------------------
Update kes sahabat ku Nor SHahirah Hassan. Kes masih lagi dalam perbicaraan dan saya berharap agar kebenaran akan terungkai dan menjadi pengajaran bagi semua.





-------------------------------------------------------------------------------------

Hati dan Hijab


Mati kita hayati dari satu soal jawab seorang gadis dgn seorang ustaz. Kekadang kita keliru dengan hukum menutup aurat dengan soal hati dan pendirian diri. Sekadar renungan wahai para gadis dan wanita kerana saya juga seorang yang sedang mencari.



Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”







-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 24, 2012

Ilmu Allah


Segala ilmu yang terdapat dalam dunia ini adalah ilmu Allah. Jadinya jangan lah bermegah jika kita mempunyai ilmu yang tinggi kerana itu semua dari Allah. Baik atau buruk ilmu itu sagalanya dari perkenan Allah. Begitu juga ilmu yang suci dan benar telah diseleweng untuk mengelirukan umat. Sekarng ni banyak sangat orang yang berbangga dengan ilmu yabg a da diei hingga lupa sati mana datang nya ilmu tu. Kasihan pada mereka,hidup dalam ketidak syukuran. Kadang-kadang rasa mahu aku sedarkan mereka betapa agungnya kuasa Allah itu dengan berdebat tapi ilmu ku juga belum cukup untuk secara terus berdialog. Jadi aky terus berdoa keraba aku yakin senjata mukminin itu adalah doa.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jodoh dan wanita

Wanita di zaman sekarang ni sangat berani. Demi jodoh sanggup melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Menjadi selfish dan bodoh hanya kerana lelaki. Saya sepertinya berbicara mengenai diri sendiri sebab aku pun pernah menjadi begitu selfish dan bodoh . Kadang-kadang saya sendiri xfaham kenapa wanita-wanita terhormat ini memalukan diri sendiri dan tak mengakui nya. Ada juga yang sanggup berbohong demi mendapat perhatian orang sekeliling. Kasihan betul!!

Jodoh adalah rahsia Allah maka kita harus redha. Jangan merosakkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri selalulah letakkan diri kita di tempat orang lain. Saya sentiasa mengajar diri saya sendiri supaya tidak menolak poligami. Pada saya,saya harus sedar dalam kebanjiran populasi wanita sekarang saya sebagai wanita harus bersyukur kerana bakal berjodoh sedangkan ramai lagi wanita yang tidak kesampaian jodohnya. Namun begitu adalah tidak adil bagi wanita-wanita yang rumah tangganya dirobohkan oleh wanita yang mementingkan diri sendiri.

Sebenarnya saya datang dari keluarga yang melalui berbagai rintangan kehidupan. Orang-orang sekeliling dan saudara mara saya sendiri telah memberi saya satu contoh-contoh yang mematangkan saya tentang pemilihan jodoh. Saya membesar dengan rasa fobia terhadap perhubungan tetapi semakin saya matang semakin saya faham apa itu jodoh dan saya tidak sekali memilih jodoh berdasarkan rupa,status atau pun harta. Alhamdulillah setakat ini saya merasakan jodoh saya sekarang (En Tunang tersayang) adalah jodoh yang terbaik buat ku. Walaupun saya ini tidak setanding dengan si dia tapi si dia telah menemui sesuatu dalam diri saya dan menyayangi saya seadaanya saya.

Bagi mereka yang belum lagi bertemu jodoh redha lah dengan ketentuan Nya. Dalam masa yang sama berusahalah untuk mencari jodoh tapi INGAT!!! Jangan sampai menjual diri!! Maksud saya menjual diri adalah meletakkan harga diri dan maruah sebegitu rendah hingga orang memandang rendah kepada kita sebagai wanita. Sedih saya lihat ada beberapa wanita di sekeliling saya memperbodohkan diri kerana jodoh.

Demi jodoh dan kepentingan diri sanggup berbohong dan mempermainkan orang yang menyayangi diri mereka. Beginikah wanita? Adakah ini wanita? Carilah cinta sejati dan bukan mengambil kesempatan. Saya bukanlah warak dan sebagai wanita lindungan Kaabah yang terlindung dari dosa tetapi saya ingin jadikan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Love Niqabies

Saja-saja nak share. Dah baca ni kita muhasabah diri kita tau.. Jangan la kutuk orang yang berniqab. Kita patut berdoa untuk mereka. Yang paling penting kita patut kasihan pada diri sendiri. Why Wear Niqab? Niqab is Mustahabb Niqab is Sunna A Summary Niqab is Mustahabb The word "mustahabb" means "seeking the love (of Allah SWT)". A hadith qudsi beautifully describes the way to seek the love of Allah SWT: Abu Huraira reported that the Prophet said, "Allah said: My servant draws not near to Me with anything more loved by Me than the religious duties I have enjoined upon him, and My servant continues to draw near to Me with supererogatory works so that I shall love him" found in Sahih Bukhari Our service of Allah SWT through our obedience of whatever He has commanded us draws us near to Him, and by doing more than has been commanded of us, we may draw nearer to Him still, inshallah. Clearly, hijab is a command from Allah SWT and sisters draw near to Him through wearing hijab. And clearly, doing more than has been commanded is a way to draw still nearer to Allah SWT. When a sister is already covering everything but her face and her hands, and she would like to do something extra to seek the love of Allah SWT, the only things left for her to cover are - her face and her hands! Even if there were no other reason to wear niqab, surely this would be enough! How can it be "extreme" to wear niqab or gloves when her face and her hands are the only things the Muslim sister has uncovered in public to begin with?? Niqab as haya The word "haya" is often translated into English as "shyness", but this does not really give a very good idea of its meaning in Arabic. A better, if longer, translation of its meaning might be "keeping private what should be private". Islam places a very great importance on privacy, and on keeping private what should be private. Hijab is in fact part of a larger code of conduct, and constitutes only one aspect of haya. Allah SWT has through the Shari’a clearly distinguished between public and private space and placed a screen (i.e., hijab) between them. Private space is physically divided from public space and strongly protected against any incursion (Surah an-Nur ayat 27-29). What people do in private space has also been protected and screened. This is accomplished by the bans on speculation, gossip and spying (Surah an-Nur ayat 12-13 and Surah al-Hujurat ayat 11-12). What is private must be kept private, by the physical protection of walls and by the conduct of Muslims in not talking about it, speculating over it, or looking into it. The same rule applies to the physical person, as what is not necessary to be displayed for some task should be covered (or, as the Quran says in Surah an-Nur ayah 31, women are "not to display their beauty except what is apparent of it"). Furthermore, in the private space of the home and family, rules are relaxed. People within the special group of family may visit freely (Surah an-Nur ayah 61) and be at ease in dress (Surah an-Nur ayah 31). By contrast, in public space, rules are strict. This includes not only dress but also conduct: physical contact should be avoided, talk should be business-like, and khulwa (i.e., an unrelated man and woman being alone together) should be avoided. In the dress, speech, and behaviour of the Muslim, there should be a screen which separates the public (that which is necessary to be made known) and the private (that which is not necessary to be made known). From this, we can see that hijab is a screen of privacy, an act of haya. Clearly, it is mustahabb to screen our privacy even more than has been commanded. We can respect other peoples' privacy more carefully through avoiding speculation, gossip, and spying; and we can protect our own privacy more carefully through taking extra steps in modest dress, in avoiding physical contact and khulwa with non-mahrams, and in keeping conversation with non-mahrams to the minimum necessary to conduct our business. For sisters, as stated above, that extra degree in modest dress must and can only be niqab and gloves. Niqab as taqwa We can also look at another aspect. Sometimes people criticize Islam or Muslims for being too concerned with outward things and not concerned enough with inner things. It is true that this can lead to hypocrisy. Yet we should not be discouraged by hypocrites or let them push us to the opposite extreme of saying that outward things are not important at all. Sometimes the outward things help us develop the inner, by making us more aware of Allah SWT. This awareness that Allah SWT is watching us is called in Arabic "taqwa". Hijab can increase taqwa. When a sister sees her own reflection and her hijab, or when she becomes aware of it as she wears it, she may be reminded that she dresses like this because Allah SWT has ordered it, and because she knows that He is aware of what she does. These thoughts may inspire her to behave in the best possible manner. So just think how much more of a reminder niqab is! As well, for many sisters, hijab is a spiritual jihad because it often seems so difficult to wear. At times we may be forced to look deep into ourselves and find our faith and our courage. This provides many spiritual benefits in itself, and an increase of taqwa. Again, just think how much more of a challenge niqab is, and how much greater the benefits when the nafs (inner self) has been conquered! These are just some of the ways that niqab is mustahabb, some of the qualities and benefits of hijab that niqab is an extra degree of. Even if there were no record in the Shari'a of niqab, yet all of these reasons would still be true, and it would still be mustahabb to wear niqab. Niqab is Sunna Above are a number of different perspectives on why niqab is mustahabb. Niqab is just an extra degree of hijab and thus whatever benefits hijab brings as a commandment of Allah SWT, niqab brings an extra degree of by being a supererogatory (nafl) act. But niqab is also SUNNA. That is, extra modesty in general is mustahabb, and niqab is the specific form of extra modesty indicated by the Shari'a. How has niqab been indicated by the Shari'a? 1) For Ummahat al-Muminin (rAa), the wives of the Prophet (sAas), niqab is fard. It has been commanded in Surah al-Ahzab ayah 53 and the hadiths confirm that Ummahat al-Muminin (rAa) covered their faces in obedience to the command in this ayah to screen themselves from non-mahram men. (My note: If you claim that niqab "presents a bad image of Islam" or "is oppressive" - think! Would you say that if you saw Ummahat al-Muminin (rAa) wearing their niqabs? There is no dispute that Ummahat al-Muminin (rAa) wore niqab, and this fact alone makes it clear that niqab is part of Islam.) Ummahat al-Muminin (rAa) are also a model to all Muslim women and this is another reason in itself that niqab is mustahabb. 2) It appears that during a time in Madinah when the Muslims were being persecuted (as mentioned in Surah al-Ahzab ayat 57-61), it was fard for all Muslim women to draw their jilbabs over their faces. Subsequently, this understanding of Surah al-Ahzab ayah 59 was superceded by Surah an-Nur ayah 31, which allows the display of the face and hands. Please see What is the Final Rule on Hijab? for more about this point. As mentioned in Evidences for Jilbab, the purpose of the jilbab is to protect the Muslim woman and to assert her Islamic identity; clearly then, niqab is an extra form of protection and an extra step to take in asserting Islamic identity. 3) Even after Surah an-Nur ayah 31 had been revealed, ordinary Muslim women continued to wear niqab with the approval of the Prophet (sAas). This has specifically been mentioned for Umm Khallad (Sunan Abu Dawud Book 14 #2482), Asma bint Abu Bakr (Muwatta Book 20 #20.5.16), and some Qurayshi women who were visiting the Prophet (sAas) (Sahih Bukhari Book 54 #515). As well, the fact that the Prophet (sAas) had to tell women not to wear niqab and gloves in ihram (Sahih Bukhari Book 29 #64) means that niqab and gloves were well-known and worn by a substantial number of sahabiyat (rAa). Clearly this form of extra modesty has the approval of the Prophet (sAas) and that is another reason that it is sunna. The descriptions of the dress of Ummahat al-Muminin (rAa), of the way that the jilbab was worn when Surah al-Ahzab ayah 59 was first revealed, and of the extra-modest dress worn by some of the sahabiyat (rAa) all clearly and unambiguously point to a face-cover. This makes niqab the specific form of extra-modest dress set by the Shari'a. As such, it is sunna as well as mustahabb. A Summary Hijab is a screen of privacy → Niqab is a better screen Hijab helps develop taqwa → Niqab helps develop more taqwa Hijab is a jihad that purifies the soul → Niqab is a greater jihad Hijab is a protection for sisters → Niqab is a better protection Hijab is an assertion of Islamic identity → Niqab is a stronger assertion Hijab is fard → Niqab is mustahabb -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 22, 2012

Nyanyian yang mengejutkan penonton



adakah ini panggilan hidayah buat ku? apabila diminta unt menyanyi org mda ini menyanyik lagu tentang kepentingan hijab dan halangan melakukan hijab.lagu ini juga menerangkan seperti apa mereka itu yg menentang pemakaian hijab.masyallah sangat menyentuh hati...mungkin ini adalah hidayah yg allah berikan pada ku? setiap perkataan dalam nyanyian beliau sgt menyentuh hati..sila bengarkan

myMetro | Humban dari tingkat 7




myMetro | Humban dari tingkat 7


SURAM...jenazah mangsa dibawa keluar dari bilik mayat HKL untuk dikebumi, semalam.
KUALA LUMPUR: Kematian seorang wanita berusia 20-an yang pada mulanya disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, awal pagi semalam, nyata berunsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa.

Sikap rakan serumah mangsa yang hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu mengenai kesan melecur itu menimbulkan keraguan, sekali gus menyebabkan mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Menurut sumber, penahanan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 24 tahun itu dilakukan kerana siasatan awal mendapati ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari kediamannya. Sumber itu berkata, sebelum itu polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan pada kira-kira jam 4.15 pagi semalam.

“Selepas memeriksa mayat mangsa, polis mendapati ada kesan lecur di badannya dipercayai akibat disimbah air panas. Berikutan itu Unit Forensik dipanggil ke lokasi kejadian untuk memeriksa kediaman mangsa.


“Hasil pemeriksaan, dirumuskan ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.


“Rentetan itu, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang juga rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu ketika disoal siasat ketiga individu terbabit hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu menahu mengenai kecederaan dialami mangsa.


“Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan kepada polis dan mengesyaki ada unsur jenayah lain dalam kes kematian mangsa dan bukan membunuh diri,” katanya.

Sumber itu berkata, hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbukti kematian mangsa dalam kes ini disebabkan perbuatan jenayah dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan yang dibuat.
------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah cerita Allahyarhamah Nor Shahirah Hassan sahabat aku yg amat aku sayangi.....
Sangat tragis...
Aku keliru

In loving memory Nor Shahirah Hassan@Chenta Shaheera~~

Atas nama ku sebagai seorang sahabat aku menyatangi mu. Tp aku juga manusia biasa yg tidak lepas dari perasaan marah...Aku menyesal kerana kau pergi dengan cara begitu dan aku tiada di samping mu.
Sha rindunya aku pada kau...bila aku ingatkan balik saat kita habiskan bersama. Aku tak faham kenapa persahabatan kita berakhir dengan begitu singkat. Saat ASP Shan Gopal tunjukkan aku list contact person dalam handbag kau dia baca satu nama ‘Ida BFF’ kau masih anggap aku ‘BFF’ walaupun aku mendiamkan diri dari kau. Tangisan ku bkn aku tak redha pemergianmu sayang tapi krn aku terlalu menyayangi persahabatan kita sayang..
~9.00++pm,3 February 2012~
Aku : “Salam,Hello Sha...ko ktne ko keje ke?”
Sha : “Erm aku kt Serdang ni”
Aku : “Uikss ape ko buat kt sane?xkeje ke?”
Sha : “Keje.aku ada masalah sikit”
Aku : “Aku nk amek brg2 aku yg masih kt umah ko tu. Ble ko cuti aku nk g sne mase ko ada jea. Leh jmpa ko skali.”
Sha : “Errmm, baju ko yg cheongsam tu aku anta dobi. Sori ar wei ,ak xtw bila ku cuti nti arr ak bgtw lain ar”
Aku : “Ko ni nape?Mcm xske jea ckp dgn ak?”
Sha : “Sori arr wei ak ada masalah la...”
Aku : “Xpe, nti aku nk amek brg2,ko bgtw a bile ko cuti taw,nk jmpa ko skali”
Sha : “ok”

Itu lah perbualan terakhir aku dgn Arwah Sha~~FYI Arwah selalu mengahdapi masalah yg sama,aku sebagai kwn selalu membebel kt arwah..Last jumpa Arwah lebih kurang 10 Januari 2012.Makan ikan ayam kt Jalan Alor dengan beberapa org kwn2 Arwah dan dua org daripada nya terlibat dalam kes Arwah. Bila aku rasa membebel da tak jalan so I decided to give her a silent treatment tapi aku tak sangka Arwah yg bagi aku ‘a silent treatment for life’ penyesalan aku adalah ak memang berniat nk jumpa Arwah tapi tak sempat...