ads

Friday, February 27, 2015

Aku Nak Kawin

Berkali-kali aku dengar Ustaz Azhar Idrus cakap, “Perkahwinan yang baik adalah perkahwinan yang rendah mahar/belanja nya”. Hati kecil seorang gadis ini sudah tentu mahukan sesuatu yang seumpama cerita-cerita dogeng. Mengimpikan perkahwinan persis puteri-puteri. Tapi bila aku fikirkan keberkatan yang aku ingin kejar setelah membina alam perkahwinan aku berasa terpaut mengadakan perkahwinan yang sederhana. Tanpa bersanding cuma majlis walimah dengan hiasan sederhana,pakaian sederhana tidak tabarruj dan tidak ada pembaziran (sekurang-kurang minima) dan tidak mengundang fitnah.

Aku mahukan kemeriahan itu datang dalam hidup ku setelah aku menjalani kehidupan berumah tangga (ye anda betul,saya serang yang romantic habis). Jadi majlis perkahwinan itu hanya syarat pada aku. Takda majlis pun tak mengapa, yang aku mahukan hubungan yang Allah berkati. Tapi dilemma datang bila impian mama abah untuk melihat aku dikahwinkan dalam majlis yang serba meriah dan sesempurna mungkin (walaupun seadanya).

Rasa bersalah mula mengaru hati ini bila perkahwinan yang aku rancang menjadi perkahwinan yang mama abah rancang. Ada sedikit rasa serba salah bila memikirkan banyak yang aku susahkan orang tua ku kerana merancang majlis aku. Tapi selagi aku belum dinikahi aku masih lagi tanggung jawab mama abah dan tanggung jawab aku adalah untuk menggembirakan mama abah. Aku ambil keputusan untuk ikut sahaja kehendak mereka. Allah beri aku kelebihan dengan kemahiran menjahit dan aku rancang untuk mengurangkan perbelanjaan dengan menjahit sendiri kebanyakan persiapan perkahwinan aku. (Doakan semuanya berjalan lancar yea!!!)

Zaman sekarang hantaran 5ribu boleh dikatakan sedikit tapi aku bersyukur Allah beri jalan kepada aku untuk berjodoh dengan lelaki yang pada aku baik serba serbi (setakat ini dan aku berdoa agar dia sentiasa menjadi yang terbaik untuk ku). Walaupun hantaran aku tak tinggi aku tak pernah demand pun. Atas sebab aku tak rasa penting untuk hantaran tinggi yang aku mahu dia jadi imam untuk aku dan anak-anak aku nanti.. (InsyaAllah)
Doakan yang terbaik buat au dan bakal suami aku yea….Sayang korang semua.. Muuahhxx