ads

Wednesday, March 4, 2015

I am a Helpless Romantic

Mungkin la kot sebab banyak sangat tengok cerita hindustan dan baca buku novel romantik, aku terbawa-bawa dek perasan. Itu la sebab kalau aku putus cinta memang menonggeng. Nak sayang orang susah dan lupakan orang pun susah. Jatuh hati pada orang yag aku tak sangka-sangka dan berikan seluruh jiwa raga pada orang ang aku sayang.

Bukan aku tak reddha ketentuan Allah tapi pada aku sebagai menusia yang perasaan hati dan naluri itu juga pemberian Allah dalam diri aku. Aku berhak untuk bersedih tapip aku berpada-pada la.. Kalau tak nanti Allah murka.. Tak pun aku sangka setelah putus tunan dulu aku akan jatuh hati lebih dalam dengan orang lain. Hati ni tak cepat terusik tapi kalau dah terusik sampai mati berbekas. Orang nye cool dan tak reti nak marah-marah pun. Selalu je sabar dengan kerenah aku dan yang paling penting sanggup sabar untuk belajar tetang diri aku dan beri aku peluang untuk belajar tentang diri dia. Memang aku rasa beruntung.

Sekarang, setelah cincin ni terselit di jari manis aku. Rasa rindu semakin membuak-buak. Beyond imagination, sebab...sebabnye aku sendiri tak tahu. Mungkin aku terlalu bersyukur die terima aku seaadanya. Memang bahaya, setelah apa yang aku lalui dulu kali ni aku patut lebih mengawal hati aku. Tapi kalau jenis nye pun "Helpless Romantic" memang susah nak kawal hati yang aku buat sekarang ialah guna kuasa akal untuk kawal hati aku. MasyaAllah rindu nya tak tahu aku nak kata. Semoga Allah permudahkan urusan kai berdua dan berkai jodoh kami hingga jannah.
Aku selalu pujii-puji dia, handsome la baik la etc... Dia pulak jenis malu di puji. Ntah kenapa aku selau nak puji dia. Mungkin sebagai penghargaan aku pada dia setiap kali dia berbuat baik pada aku. Sebab aku pun suka di puji oleh orang yang aku sayang oleh itu aku senang memuji rang yang aku sayang. Dia jarang memuji tapi kalau dia memuji aku akan rasa melayang-layang jea 3,4 hari (hihihihihihihhi) Ada sekali tu dia puji aku cantik dalam pakaian serba hitam (abaya,baru balik taraweh masa tu). Sampai mati pun aku akan ingat
Ayat dia "Emm Sayang, dah tak de orang lain cantik lagi dah dari sayang, pada abang sayang la yang cantik sekali pakai macam ni".
Terkedu aku tersipu-sipu. Aku ni mana reti nak teripu-sipu. Pertama kali dia buat aku rasa macam tu dan aku akan hargai nya hingga akhir hanyat aku.

Bila aku terlalu rindu dan rasa nak jumpa,aku selalu cakap terus terang aku rindu ada dia. Tapi dia cool jea..cool sangat sampai kekadang aku rasa macam dia takda perasaan. Kadang-kaang terkeluar la sifat kanak-kanak ribena aku. Tapi dengan cool jea dia cakap "Sabar la sayang jangan emosi,cuba kawal. Ni abang nak ajar sayang cara hidup dengan abang" sekarang aku tengok banyak juga perubahan dia. Nak jga layan aku walau dia sibuk. Kehebatan dia dalam menangani emosi dan perangai aku yang mengada-ngada ni memang buat aku "WOW" (i can be very irritating when i try t draw attention) Cara dia ajar aku uttuk faham dia sangat unik (kadang-kadang kejam) Tapi aku juga tak kurang hebat untuk ajar dia ikut cara aku.

Tadi baru jea aku tana dia "Apa guna-guna yang abang bagi sayang ni sayang selalu ingat kat abang" Biasa nay akalau aku sms macam ni dia malu nak jawab tapi tadi"tit tit tit" (sms masuk) "Abg pn nk tnye syg jg apa guna2 syg bg abg,abg asyik iinngat kt syg jea ni" OOOOOwwwwhhhhh SubhanAllah hati aku n macam nak terlompat keluar...Ok now boleh la pergi kerja dengan hati yang berbunga-bunga.





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 27, 2015

Aku Nak Kawin

Berkali-kali aku dengar Ustaz Azhar Idrus cakap, “Perkahwinan yang baik adalah perkahwinan yang rendah mahar/belanja nya”. Hati kecil seorang gadis ini sudah tentu mahukan sesuatu yang seumpama cerita-cerita dogeng. Mengimpikan perkahwinan persis puteri-puteri. Tapi bila aku fikirkan keberkatan yang aku ingin kejar setelah membina alam perkahwinan aku berasa terpaut mengadakan perkahwinan yang sederhana. Tanpa bersanding cuma majlis walimah dengan hiasan sederhana,pakaian sederhana tidak tabarruj dan tidak ada pembaziran (sekurang-kurang minima) dan tidak mengundang fitnah.

Aku mahukan kemeriahan itu datang dalam hidup ku setelah aku menjalani kehidupan berumah tangga (ye anda betul,saya serang yang romantic habis). Jadi majlis perkahwinan itu hanya syarat pada aku. Takda majlis pun tak mengapa, yang aku mahukan hubungan yang Allah berkati. Tapi dilemma datang bila impian mama abah untuk melihat aku dikahwinkan dalam majlis yang serba meriah dan sesempurna mungkin (walaupun seadanya).

Rasa bersalah mula mengaru hati ini bila perkahwinan yang aku rancang menjadi perkahwinan yang mama abah rancang. Ada sedikit rasa serba salah bila memikirkan banyak yang aku susahkan orang tua ku kerana merancang majlis aku. Tapi selagi aku belum dinikahi aku masih lagi tanggung jawab mama abah dan tanggung jawab aku adalah untuk menggembirakan mama abah. Aku ambil keputusan untuk ikut sahaja kehendak mereka. Allah beri aku kelebihan dengan kemahiran menjahit dan aku rancang untuk mengurangkan perbelanjaan dengan menjahit sendiri kebanyakan persiapan perkahwinan aku. (Doakan semuanya berjalan lancar yea!!!)

Zaman sekarang hantaran 5ribu boleh dikatakan sedikit tapi aku bersyukur Allah beri jalan kepada aku untuk berjodoh dengan lelaki yang pada aku baik serba serbi (setakat ini dan aku berdoa agar dia sentiasa menjadi yang terbaik untuk ku). Walaupun hantaran aku tak tinggi aku tak pernah demand pun. Atas sebab aku tak rasa penting untuk hantaran tinggi yang aku mahu dia jadi imam untuk aku dan anak-anak aku nanti.. (InsyaAllah)
Doakan yang terbaik buat au dan bakal suami aku yea….Sayang korang semua.. Muuahhxx