ads

Friday, June 14, 2013

Lidah dan hasil dari kata-kata nya

Salam sahabat-sahabat…

Aku suka mengingatkan yang kita ini manusia dan manusia itu adalah ketidak sempurnaan dan sentiasa melakukan kesilapan. Salah satu dari anggota yang selalu melakukan kesilapan ialah LIDAH yakni kata-kata. Fitnah,menyebarkan fitnah,mereka-reka cerita,mengumpat,memanipulasikan cerita benar,menyindir dan menyakitkan hati orang lain ini semua adalah sesalahan lidah yang biasa kita alamai. Samaada menjadi mangsa atau memangsakan orang lain kita pasti akan alami situasi-situasi itu.

Aku suka apabila sesuatu yang disampaikan pada aku,aku bertanyakan dan siasat cerita sebenar. Sehinggakan orang yang mereka cerita kepada aku tu pun marah kerana aku bertanyakan cerita sebenar kepada orang-orang yang terlibat dalam cerita yang direka hamba Allah ini.

Malah beberapa kali juga persahabatan ku dengan sahabat-sahabat tergugat dengan cerita yang direka-reka oleh orang yang aku dan sahabat hormat dan percaya. Namun Allah Maha Pengasih kami kembali berbaik apabila aku bertanyakan hal sebenar untuk mendapatkan penjelasan.

Pada zaman Rasulullah dahulu pernah juga berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana yang dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (Surah An-Nur,Ayat 11)


Begitulah besarnya kesan dari cerita yang direka-reka ini. Sehingga dikatakan lebih ramai perempuan masuk ke neraka hanya kerana tidak menjaga lidah mereka.

Reka cerita sana,reka cerita sini dengan tak sengaja melaga-lagakan persahabatan dan persaudaraan orang lain dan member kesan kepada kehidupan dan masa depan orang yang terlibat. Bila tembelang yang awaklah yang mereka cerita awak marah pula orang yang mencari kebenaran tu.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)


Bila seseorang datang dan menyampaikan suatu kisah yang tak sahih kebenaranya cuba untuk cari kebenaran kisah tersebut. Kalau orang yang menyampaikan itu marah kerana kita nak cari kebenaran sudah tentu ada yang tak kena dengan kisah yang disampaikan nya itu…


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment